Projek ini akan bertapak di Teluk Intan, Perak. Berkonsepkan contract farming, adalah fokus bagi aktiviti penternakan ayam daging yang akan dijalankan secara optimum dalam membangunkan rantaian bekalan makanan.
TAPAK SEMAIAN KELAPA SAWIT
Projek ini melibatkan penghasilan anak benih kelapa sawit daripada biji benih kelapa sawit (SLGBIJI) atau daripada anak benih yang berumur 4 bulan untuk dijadikan bahan tanaman di tapak semaian yang disediakan khas dan lengkap dengan peralatan yan sesuai.
AR-RAHNU
Pajak gadai Islamik merupakan salah satu alternatif bagi membantu dan membangunkan sosio-ekonomi masyarakat dan anggota yang berpendapatan rendah dengan cara pembiayaan modal perniagaan dalam pembangunan industri kecil & sederhana.
Ingin dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan produk kami?